Jerman Lesu Dibelasah Jepun
Asia
BR Football
Advertisements

Skrip Piala Dunia 2022 kembali menghantui Jerman apabila mereka dibelasah pasukan gergasi Asia, Jepun 4-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Volkswagen Arena, Wolfsburg awal pagi ini.

Selepas dimalukan Samurai Biru dalam aksi kumpulan Piala Dunia 2022, anak-anak buah Hansi Flick berharap perkara sama tidak berulang bila melayan kunjungan pelawat. Dengan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, kelebihan tampak memihak Die Mannschaft selaku tuan rumah EURO 2024.

Babak pertama menyaksikan Jepun membuatkan penyokong tuan rumah terdiam menerusi gol Junya Ito pada minit ke-11. Kelebihan pelawat tidak bertahan lama apabila pemain sayap Bayern Munich, Leroy Sane menyamakan kedudukan pada minit ke-19.

Advertisements

Keceriaan penyokong Jerman tidak bertahan lama apabila gerakan cantik Ayase Ueda dari belah kanan kembali meletakkan Samurai Biru di hadapan tiga minit selepas itu.

Penjaga gol Barcelona, Marc Andre-ter Stegen memastikan kedudukan 2-1 kekal sehingga rehat apabila menafikan percubaan Ueda.

Bersambung pada babak kedua, Ter Stegen terus berhempas-pulas menafikan percubaan demi percubaan pelawat. Bagaimanapun, gawang Die Mannschaft bocor juga menerusi dua gol lewat Takuma Asano dan Ao Tanaka masing-masing pada minit ke-90 dan 92.

Advertisements

Keputusan ini dijangka menambah tekanan kepada jurulatih Jerman, Flick. Ini kerana Die Mannschaft belum merekodkan sebarang kemenangan dalam lima perlawanan antarabangsa.

Bagi Jepun pula yang dibimbing Hajime Moriyasu, kemenangan ini ibarat amaran awal kepada semua pencabar mereka dalam Piala Asia 2023 yang berlangsung pada awal tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram