ACL: Jeonbuk Hyundai Ke Suku Akhir, Ranapkan Impian Pohang Steelers
ACL
AFC Champions League
Advertisements

Kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors terpaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemaraan ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-2024.

Jeonbuk berjaya mara dengan keputusan agregat 3-1 selepas meraih keputusan seri 1-1 dengan Pohang Steelers dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik hari ini.

Pohang tahu mereka masih berpeluang layak ke suku akhir dengan syarat mereka menyumbat tiga gol atau lebih dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik.

Advertisements

Sebaik sepak mula, tuan rumah mula melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas kubu pertahanan Jeonbuk.

Kesungguhan anak buah Park Tae-ha memburu gol membuahkan hasil menerusi sepakan jarak jauh bek tengah, Park Chan-yong pada minit ke-12.

Gol tersebut menyuntik semangat Pohang untuk terus merobek Jeonbuk yang dibimbing legenda Chelsea, Dan Petrescu. Bagaimanapun, kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Jeonbuk bangkit dan mempamerkan aksi lebih kemas. Perubahan ini terjadi menerusi kemasukan pemain gantian, Moon Seon-min.

Jeonbuk mula memberi tekanan kepada Pohang bagi melebarkan kelebihan agregat yang dimiliki mereka.

Kesungguhan anak buah Petrescu akhirnya membuahkan hasil apabila pemain gantian, Jeong Tae-wook menanduk masuk gol pada minit ke-76 melepasi penjaga gol Pohang, Hwang In-jae.

Advertisements

Pohang cuba memberi tekanan kepada Jeonbuk tetapi tidak berhasil. Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini bukan saja membawa Jeonbuk ke pusingan ACL yang seterusnya. Malah, Jeonbuk juga berjaya membalas dendam selepas tewas kepada lawan sama dalam final Korean FA Cup tahun lalu.

Meskipun tewas, Sofascore memilih Chan-yong penyerang Brazil, Jorge Teixeira sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini dengan kedua-duanya berkongsi markah 7.6 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram