ACL: Juara Bertahan, Urawa Reds Layu Diratah Pohang Steelers
MakanBola
ACL

Jaguh Jepun, Urawa Reds mencatatkan kekalahan mengejut kepada Pohang Steelers dengan keputusan 2-0.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Saitama itu menyaksikan barisan pemain terbaik dipertaruhkan oleh dua pasukan terbaik Asia ini bagi meraih tiga mata.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk memcari gol pembukaan perlawanan.

Pasukan pelawat bagaimanapun mencipta kejutan ke atas juara bertahan itu apabila Jeong Jae-hee memanfaatkan kealpaan benteng pertahanan Urawa Reds untuk gol pembukaan pada minit ke-22.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, pasukan bimbingan Maciej Skorża menggandakan usaha untuk menyamakan kedudukan dan hampir memperoleh jaringan menerusi Bryan Linssen.

Pohang sekali lagi mengejutkan apabila menjaringkan gol kedua pasukan 4 minit memasuki aksi babak kedua menerusi Goh Young-jun.

Tambahan masa 6 minit tidak mampu mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Urawa Reds kekal di tangga kedua Kumpulan J dengan 4 mata selepas 3 perlawanan sementara Pohang mengekalkan rekod kemenangan bersih dan mengumpul 9 mata.