ACL: Neymar Pacu Al-Hilal Tewaskan Kelab Iran
ACL
Al-Hilal
Advertisements

Keadaan padang Stadium Azadi tidak menghalang Neymar dan Al-Hilal daripada mencipta kemenangan ke atas kelab Iran, Nassaji Mazandaran dalam aksi kedua Kumpulan D hari ini.

Selepas diikat 1-1 oleh Navbahor pada aksi pertama kumpulan, The Blue Waves mahu memastikan kemenangan diraih dalam aksi kedua kumpulan.

Sementara Nassaji pula ingin meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan kelab satelit Manchester City, Mumbai City pada aksi pertama kumpulan.

Advertisements

Bagaimanapun, tuan rumah bermula dengan langkah kiri apabila penyerang berbisa Serbia, Aleksandar Mitrovic menyumbat gol pertama pelawat pada minit ke-18.

Pada minit ke-31, pertelagahan tercetus antara kedua-dua pasukan apabila ada insiden melibatkan Mitrovic dan pemain Mazandaran Tigers.

Suasana makin tegang apabila bekas penyerang Fulham itu dan seorang pemain tuan rumah masing-masing ditolak oleh Amir Mohammad Houshmand dan Salman Al-Faraj.

Advertisements

Akibatnya, Al-Hilal dan Nassaji terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-38 susulan tindakan dua pemain mereka itu.

Bersambung pada babak kedua, Neymar akhirnya menyumbat gol pertamanya untuk Al-Hilal menerusi rembatan kaki kiri pada minit ke-58.

Pemain gantian Saleh Alshehri memastikan kemenangan milik The Blue Waves menerusi gol pada minit akhir perlawanan.

Advertisements

Kemenangan ini melonjakkan Al-Hilal ke tangga teratas Kumpulan C dengan Nassaji jatuh ke tempat ketiga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram