ACL: Shandong Taishan Lolos, Musnahkan Impian Kawasaki Frontale
ACL
AFC Champions League
Advertisements

Kejutan berlaku di pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila jaguh Jepun, Kawasaki Frontale tumbang di tangan wakil China, Shandong Taishan dalam aksi penuh dramatik.

Kawasaki Frontale membawa bekalan tipis selepas hanya mencatatkan kemenangan 3-2 ketika aksi pertama di China minggu lalu dan turun sebagai tuan rumah pula kali ini.

Pelawat bermula baik dan berjaya memecah kebuntuan menerusi jaringan penyerang, Cryzan seawal minit kelapan untuk mengikat kedudukan agregat semasa 3-3.

Advertisements

Jaringan tersebut seakan memberi semangat buat Shandong Taishan dan hasilnya jaringan kedua berjaya disumbat Gao Zhunyi pada minit ke-25 menerusi satu serangan balas pantas yang gagal disekat Kawasaki.

Lima minit kemudian, Shota Miura kembali menghidupkan perjuangan pasukan tuan rumah menerusi rembatan kaki kiri yang menewaskan penjaga gol Shandong Taishan, Wang Dalei untuk agregat kembali terikat 4-4.

Separuh masa tamat, Kawasaki Frontale 1-2 Shandong Taishan.

Advertisements

Kembali dari rehat, Kawasaki Frontale terus mengasak kubu lawan dan berjaya meraih gol penyamaan menerusi ayam tambatan, Erison pada minit ke-59.

Pasukan pelawat tidak gentar dan kembali mendahului perlawanan sekali lagi menerusi Cryzan yang cemerlang meledak gol kedua peribadi yang juga gol ketiga Shandong dalam aksi ini.

Jaringan yang mengecewakan tuan rumah akhirnya tiba pada masa tambahan apabila sepakan ala akrobatik pertahanan Shandong Taishan, Jadson Cristiano menghadiahkan kemenangan buat kelab China itu.

Advertisements

Tamat perlawanan, Kawasaki Frontale 2-4 Shandong Taishan.

Keputusan ini menyaksikan Shandong Taishan mara ke peringkat suku akhir dengan agregat 6-5 dan akan menanti pemenang di antara wakil Thailand, Bangkok United atau kelab Jepun, Yokohama F. Marinos nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram