Advertising
ACL: Kawasaki Frontale Tundukkan Shandong Taishan
MakanBola
AFC Champions League

Kawasaki Frontale berjaya menewaskan wakil dari China, Shandong Taishan dalam aksi pusingan 16 terbaik kempen Liga Juara-Juara Asia hari ini.

Babak pertama perlawanan menyaksikan wakil Jepun, Kawasaki Frontale mendahului dengan dua gol awal menerusi jaringan sepakan penalti oleh Erison dan ledakan daripada Marcinho.

Pada aksi separuh masa kedua, Shandong Taishan berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan Fernandinho pada minit ke-67 permainan.

Ad

Namun selang 10 minit selepas jaringan pertama tuan rumah terhasil, Akihiro Ienaga menambah duka buat pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol ketiga buat Kawasaki Frontale.

Ad

Shandong cuba bangkit menyamakan kedudukan selepas Jadson menjaringkan gol pada minit ke-85 permainan. Bagaimanapun jaringan itu tak cukup untuk memastikan keputusan seri diraih di laman sendiri.

Aksi tamat, Kawasaki Frontale 3-2 Shandong.

Ad
Ad

Kedua pasukan ini sekali lagi akan merentap dalam aksi timbal balik, pusingan kedua 16 terbaik pada Selasa depan, 20 Februari 2024 di Stadium Todoroki Athlete.