Ads
ACL: Ulsan HD Atasi Tentangan Hebat Yokohama F. Marinos
ACL
ACL

Juara K-League 1 musim 2023, Ulsan Hyundai meraih kelebihan awal untuk aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara AFC (ACL) apabila menewaskan kelab Jepun, Yokohama F. Marinos.

Advertisements

Marinos yang dibimbing legenda Leeds United, Harry Kewell berharap dapat mengekalkan rekod empat perlawanan tanpa kalah yang dilakar sejak 3 April lalu.

Advertisements

Sementara Ulsan yang dibimbing Hong Myung-bo pula mahu meraih kemenangan sebagai bekalan untuk aksi separuh akhir kedua di Yokohama pada 24 April.

Advertisements
Advertisements

Babak pertama menyaksikan pelawat memberi tekanan kepada The Tigers di Stadium Bola Sepak Ulsan Munsu.

Marinos hampir mengejutkan tuan rumah menerusi dua percubaan pada minit keenam tetapi berjaya ditepis penjaga gol utama Korea Selatan, Jo Hyeon-woo.

Advertisements

Kesungguhan Ulsan memburu gol membuahkan hasil apabila Lee Dong-gyeong menyudahkan hantaran kapten, Joo Min-kyu untuk gol pertama pada minit ke-19.

Ini gol pertama beliau dalam saingan ACL musim ini mengikut data Transfermarkt selepas mencipta satu bantuan gol semasa menentang BG Pathum United di peringkat kumpulan.

Yan Matheus berpeluang menyamakan kedudukan buat Marinos pada minit ke-41 tetapi sepakan percumanya tidak mengenai sasaran. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Marinos terus menggandakan asakan ke atas kubu tuan rumah bagi mendapatkan gol penyamaan.

Pelawat bernasib baik apabila tidak dibolosi buat kali kedua oleh The Tigers pada minit ke-50. Ini selepas percubaan lambung Min-kyu berjaya ditepis keluar penjaga gol pelawat, William Popp sebelum menerjah jaring.

Melihat pasukan itu buntu mencipta jaringan, Kewell membuat beberapa pertukaran dengan harapan dapat menambah sengat di bahagian serangan.

Percaturan tersebut gagal mencetuskan kebangkitan yang diperlukan Marinos. Sebaliknya, tuan rumah menyangka telah menambah jaringan pada minit ke-71 menerusi Min-kyu.

Walau bagaimanapun, penyokong tuan rumah hampa apabila gol penyerang berusia 34 tahun itu dibatalkan kerana kesalahan ofsaid.

Matheus hampir bergelar wira buat pelawat menerusi percubaan pada minit ke-80. Malangnya, tampanan yang dibuat pemain sayap Brazil itu melambung tinggi melepasi gawang Ulsan.

Marinos terus memberi tekanan kepada tuan rumah tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Sofascore memilih Dong-gyeung sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini dengan markah 7.9. Kedua-dua pasukan bakal bersemuka buat kali kedua di Yokohama pada minggu hadapan bagi menentukan siapa bakal layak ke final ACL musim 2023/24.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram