ACL2: Gempa Bumi Di Bandung, Bojan Hodak Kekal Tenang
MakanBola
Persib Bandung
Sponsors

Satu insiden gempa bumi mengejutkan berlaku ketika sidang media AFC Champions League 2 (ACL2) dan reaksi tenang jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak mencuri tumpuan.

Insiden tersebut berlaku di sidang media pra perlawanan antara Persib Bandung dan Port FC yang ketika itu sedang dihadiri oleh ketua jurulatih, Bojan Hodak dan pemain, Nick Kuipers.

Ad

Ketika itu, Bojan dan Kuipers sedang menjawab soalan para media sebelum orang ramai terdiam buat seketika akibat dari gegaran 5.0 magnitud yang mengejutkan di ruang sidang tersebut.

Ad

Di saat orang ramai dikejutkan dengan gegaran tersebut, Bojan masih kekal tenang berada di kerusi meskipun Kuipers yang berada di sebelah sudah bersedia untuk melarikan diri.

Bojan turut sempat berjenaka bahawa gempa yang melanda ini sesuatu yang normal di Indonesia dan menganggapnya sebagai tuah untuk pasukannya meraih kemenangan.

Ad

”Gempa? Ini normal, sebahagian dari tradisi (Indonesia),” ujar Bojan Hodak dengan riak wajah tenang.

Ad

”Sudah berhenti? Adakah ini tuah? Bagus, kami akan menang esok (Khamis),” tambah bekas pengendali KL City itu.

Aksi sulung ACL2 antara Persib Bandung dan wakil Thailand, Port FC dijadualkan berlangsung pada Khamis di Stadium Jalak Harupat pada jam 8 malam waktu tempatan.