Advertising
ACL2: Jeonbuk Hyundai Belasah Port Tanpa Belas Kasihan
MakanBola
Jeonbuk Hyundai Motors

Jeonbuk Hyundai mencatat kemenangan selesa ke atas Port FC dalam perlawanan AFC Champions League 2 (ACL2) pada Khamis.

Muncul sebagai juara kumpulan H, Jeonbuk Hyundai diundi menentang kelab Thailand, Port FC yang bergelar naib juara untuk kumpulan F sebelum ini.

Ad

Tonggak pertahanan, Park Jin-seob memakai lilitan kapten untuk mengetuai pemain Jeonbuk tatkala Port menurunkan bintang Indonesia, Asnawi Mangkualam di posisi bek kanan.

Ad

Jeonbuk tidak menunggu lama untuk memimpin permainan menerusi kapten pasukan, Park Jin-seob pada minit ke-19 berpuncan dari situasi kelam kabut di dalam kotak penalti Port.

Lima minit selepas itu, penyerang baharu Jeonbuk, Andrea Campagno menggandakan kelebihan buat pelawat dengan jaringan kedua apabila tenang meletakkan bola di dalam gawang.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Port FC 0-2 Jeonbuk Hyundai.

Ad

Aksi di babak kedua bermula baik buat Jeonbuk apabila Song Min-kyu menembusi gawang Port untuk gol ketiga apabila menyambar hantaran dari sebelah kanan pada minit ke-49.

Ad

Andrea Campagno sekali lagi melakar nama selaku penjaring buat Jeonbuk setelah menolak lorongan Kim Tae-hwan untuk Port terus ketinggalan kepada anak didik Gus Poyet.

Pertarungan di BG Stadium berakhir dengan keputusan 4-0 memihak Jeonbuk Hyundai.

Aksi timbal balik di Korea Selatan dijadualkan berlangsung pada 20 Februari hadapan.