Ads
ACL
Muangthong United FC

Saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim 2024/25 berpotensi menyaksikan kehadiran satu lagi wakil Thailand iaitu Muangthong United.

Advertisements

Portal Thailand, Think Curve melaporkan pasukan yang diberi jolokan The Kirins mendapat tawaran daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menggantikan tempat wakil Vietnam, Thanh Hoa.

Advertisements

Thanh Hoa yang juga penyandang juara Vietnamese National Cup 2023/24 terpaksa menarik diri atas alasan kepadatan jadual perlawanan. Ini kerana selain mengharungi jadual pertandingan domestik, Thanh Hoa juga akan bersaing dalam saingan Shopee Cup.

Advertisements

Advertisements

Usaha Vietnam untuk menghantar satu lagi wakil menggantikan Thanh Hoa telah ditolak oleh AFC. Ini menjadikan juara V. League 1 musim 2023/24, Nam Dinh sebagai satu-satunya wakil Vietnam dalam ACL2.

Ini membuka ruang kepada AFC untuk menawarkan slot tambahan kepada Thailand. Pada awalnya, slot ini ditawarkan kepada BG Pathum United kerana mereka menduduki tangga keempat Thai League 1 musim 2023/24.

Advertisements

Walau bagaimanapun, tawaran itu terpaksa ditolak oleh The Rabbits. Ini kerana selain memenuhi keperluan pertandingan domestik dan saingan Shopee Cup, BG Pathum turut dijemput sebagai pasukan yang akan bersaing dalam Singapore Cup.

Ini membuka ruang buat AFC menawarkan slot berkenaan kepada Muangthong United. Ini disebabkan The Kirins menduduki tangga kelima liga pada musim lepas.

Pengurusan kelab dilaporkan telah bersetuju menerima tawaran itu dan telah memaklumkan keputusan itu kepada semua pemain dan staf kejurulatihan. Sekiranya perkara ini sah secara rasmi, Muangthong bakal beraksi di Asia buat kali pertama sejak 2011.

Bagi memenuhi keperluan beraksi dalam ACL2, The Kirins juga dijangka menambah baik lampu limpah mereka mengikut spesifikasi pertandingan.

Advertisements

Muangthong bakal berdepan kempen musim 2024/25 dengan sokongan pemain-pemain baru berkaliber seperti Aly Cissokho, Emil Roback, Emilio Brown dan Abbos Otokhanov.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram