Aksi di babak pertama AFC Champions League 2 (ACL2) membabitkan Selangor dan DH Cebu menyaksikan The Red Giants mendahului permainan 1-0.
Kesebelasan utama Gergasi Merah mencuri tumpuan apabila kapten, Safuwan Baharuddin direhatkan oleh Nidzam Jamil manakala barisan pemain Cebu diketuai oleh penjaga gol, Florencio Badelic.
Seawal minit pertama permainan, Selangor dilihat menguasai sebahagian besar penguasaan bola dan memaksa DH Cebu untuk lebih banyak berkampung di kawasan sendiri.
Usaha The Red Giants akhirnya membuahkan hasil apabila pemain tengah, Yohandry Orozco meledak gol pembukaan setelah menerima umpanan cantik dari Ronnie pada minit ke-10.
Noor Al Rawabdeh berpeluang meletakkan Selangor selesa di hadapan tidak lama kemudian namun rembatan dari luar kotak penalti berjaya ditepis oleh Badelic.
Tuan rumah berjaya mencetak gol kedua menerusi Ronnie Fernandez yang menyambar bola muntah pada minti ke-30 tapi malang jaringan tersebut dibatalkan kerana ofsaid.
Separuh masa pertama tamat, Selangor 1-0 DH Cebu.
Babak kedua bakal bersambung tidak lama lagi, saksikan aksi siaran langsung Selangor vs DH Cebu di saluran Astro Arena.