ACL2: Selangor Hilang 3 Tonggak Serentak Sebelum Bertemu Jeonbuk Hyundai
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil mengesahkan 3 tonggak utama pasukan bakal terlepas aksi kedua kumpulan H AFC Champions League 2 (ACL2) bertemu Jeonbuk Hyundai.

Skuad Gergasi Merah turun dengan motivasi terbaik setelah mencatat kemenangan ke atas DH Cebu dalam perlawanan peringkat kumpulan lalu hasil jaringan tunggal dari Yohandry Orozco.

Ad

Walau bagaimanapun, rentak positif itu gagal diteruskan The Red Giants setelah terikat seri bertemu PDRM dalam saingan Liga Super pada Sabtu meski menguasai sebahagian besar permainan.

Ad

Menurut Nidzam, skuadnya kini berada dalam keadaan baik sejak berkumpul semula dan meluahkan keterujaan untuk berdepan Jeonbuk yang dilihat sebagai pasukan pilihan.

”Persiapan Selangor seperti biasa sejak pulang dari tugasan antarabangsa dan kami berasa teruja untuk bertemu gergasi Korea ini yang sangat konsisten” kata Nidzam di sesi sidang media.

Ad

Tambah beliau, The Red Giants bakal turun tanpa khidmat 3 pemain utama iaitu Noor Al Rawabdeh dan Mukhairi Ajmal di bahagian tengah selain kapten, Safuwan Baharuddin.

Ad

”Seperti yang sudah dipastikan oleh doktor pasukan, kita kehilangan Noor Al Rawabdeh akibat kecederaan ACL selama 9 bulan.”

Ad

“Kemudian, Safuwan Baharuddin juga saya boleh sahkan tidak akan terlibat untuk aksi esok (Rabu) dan juga Mukhairi Ajmal.”

”Ada juga beberapa pemain yang berada dalam penilaian terakhir untuk kita melihat mereka bersedia atau tidak untuk perlawanan nanti.”

Aksi Selangor menentang Jeonbuk Hyundai akan dijalankan pada Rabu, 23 Oktober di Stadium MBPJ tepat jam 8 malam.