Advertisements
ACL2: Selangor Raih Tiga Mata Berharga Tewaskan DH Cebu
ACL
MakanBola
Selangor FC

Selangor FC berjaya meraih tiga mata berharga di laman sendiri selepas menewaskan wakil Filipina, DH Cebu dalam saingan AFC Champions League 2 (ACL2)

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dalam misi mencipta kemenangan pertama bagi perlawanan kedua ACL2 kumpulan H.

Selangor tidak menunggu lama untuk mendahului jaringan minit ke-2 permainan menerusi Yohandry Orozco selepas mudah menyempurnakan hantaran lintang dari Ronnie Fernandez.

Pada minit ke-34 permainan, wakil Filipina, DH Cebu membuat satu pertukaran pemain penyerang dengan memasukkan Rintaro Hama menggantikan John Lucero.

Peluang terbaik hadir menerusi penjaringan pertama, Yohandry Orozco pada minit ke-40 permainan, namun sepakannya tersasar melewati palang gol. 

Separuh masa pertama tamat, Selangor 1-0 DH Cebu.

Jurulatih Selangor, Nidzam Jamil membuat pertukaran pada minit ke-62 permainan, apabila menggantikan Alvin Fortez dengan Faisal Halim bagi debut pentas asia pertamanya.

Dua muka baharu Selangor dibawa masuk iaitu Nikola Jambor dan juga Mo Abualnadi pada minit ke-79 permainan.

Tiada jaringan dapat dihasilkan oleh kedua buah pasukan dalam aksi separuh masa kedua ini. Selangor kekal mendahului sehingga tamat permainan.

Ketika ini, The Red Giants berada di tangga kedua liga dengan 4 mata sementara DH Cebu kekal di tangga tercorot tanpa sebarang mata. 

Selepas ini skuad kendalian Nidzam Jamil akan berdepan wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors pada 23 Oktober ini.