ACL2: Selangor Sasar Juara Kumpulan
ACL
MakanBola
Selangor FC
Advertisements

Selangor meletakkan sasaran bergelar juara peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh peledak import pasukan itu, Ronnie Fernandez bila ditanya tentang sasaran pasukan dalam saingan berprestij itu.

Advertisements

Ini kali pertama Merah Kuning beraksi di peringkat Asia. Kali terakhir pasukan itu melakukannya pada 2016 menerusi saingan Piala AFC.

Selangor berada dalam Kumpulan E bersama Tampines Rovers (kini BG Tampines Rovers), Sheikh Jamal dan Ceres-Negros (kini United City FC). Malangnya, Merah Kuning gagal melepasi peringkat kumpulan.

Advertisements

Fernandez mengakui ini kali pertama ramai pemain Selangor termasuk dirinya menjejakkan kaki di pentas Asia. Pada masa sama, itu bukan halangan buat pasukan itu mengejar sasaran bergelar juara kumpulan.

“Di samping itu, kita juga perlu memberi tumpuan kepada ACL2 di mana kita akan menghadapi Muangthong United FC di Thailand untuk perlawanan pertama. Ini cabaran baru buat kebanyakan pemain dan penting untuk mendapatkan kemenangan pertama.

Advertisements

“Saya percaya bahawa kita dapat mencapai sasaran tertinggi kita iaitu berada di kedudukan teratas kumpulan.

“Saya harap kami terus mendapat sokongan hebat daripada peminat dalam perjalanan kita dari awal hingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sesawang Selangor.

Advertisements

Saingan ACL2 menyaksikan Selangor berada dalam Kumpulan H. Selain Selangor, Jeonbuk Hyundai Motors, Dynamic Herb Cebu dan Muangthong United turut berada dalam kumpulan sama.

Selangor bakal membuka kempen Kumpulan H dengan menentang Muangthong pada 19 September ini.

Advertisements

News Comments Account