Advertising
ACL2: Sydney Ranapkan Impian Suku Akhir Bangkok United
ACL
MakanBola
True Bangkok United

Aksi saingan AFC Champions League Two (ACL2) malam ini menyaksikan Sydney meranapkan impian Bangkok United untuk mara ke suku akhir.

Ini merupakan perlawanan timbal balik kedua selepas kedua-dua pasukan seri 2-2 pada aksi pertama yang lalu.

Ad

Seawal dua minit permainan, Sydney membuka jaringan pertama menerusi penyerang, Joe Lolley dengan rembatan deras ke arah gawang gol menewaskan penjaga gol Bangkok United, Patiwat Khanmai.

Ad

Pada minit ke-18 permainan, Bangkok United kembali menyamakan kedudukan menerusi penyerang import, Muhsen Al Ghassani.

Keputusan kekal hingga tamat separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan Sydney 1-1 Bangkok United.

Ad

Pasukan tuan rumah, Bangkok United bijak mencuri peluang di atas kesilapan pemain Sydney apabila pada minit ke-54 permainan, Mahmoud Eid berjaya menjaringkan gol kedua pasukan.

Ad

Pada minit ke-65 permainan, pemain tengah Bangkok United, Thitipan Puangchan dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kali kedua.

Ad

Usaha tidak mengkhianati hasil, Sydney berjaya menyamakan kedudukan menerusi Adrian Segecic menerusi tandukan daripada sepakan sudut.

Aksi terus bersambung ke babak masa tambahan selepas seri sehingga 90 minit permainan. Douglas Cousta menjadi wira Sydney apabila meledak jaringan ketiga pasukan pada separuh masa pertama masa tambahan.

Keputusan kekal dengan keputusan Sydney 3-2 Bangkok United, wakil Australia ini menang dengan aggregat 5-4.

Sydney akan bertemu sama ada wakil Korea Selatan, Jeonbuk atau Port FC dari Thailand bagi aksi separuh akhir ACL2.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments