AFC Champions League Elite: Seramai 20 peratus peminat telah memilih jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengatasi Shanghai Port pada akai pembukaan.
Skuad kendalian Hector Bidoglio mengharugi kemoen cemerlang musim ini apabila tidak tewas dalam mana-mana perlawanan peringkat domestik.
JDT berkunjung ke China bagi berdepan pendahulu liga, Shanghai Port yang turut kebal dalam 5 aksi terakhir sebelum beraksi di ACLE.
Berdasarkan undian yang dibuat oleh peminat di laman ACLE, seramai 20 peratus telah memilih skuad Harimau Selatan untuk menewaskan Shanghai Port manakala 72 peratus memilih wakil China itu menumbangkan JDT.
Hanya 8 peratus daripada peminat yang membuat undian menjangkakan bahawa aksi JDT dan Shanghai bakal berakhir dengan keputusan seri.
JDT kini dalam persiapan akhir di China untuk memperagakan aksi terbaik sambil perancang tengah pasukan, Iker Undabarrena optimis pasukan bakal memberikan yang terbaik.
Aksi Shanghai Port dan JDT bakal berlangsung pada 18 September 2024 di Fudong Football Stadium jam 8 malam.