ACLE: Al-Nassr Tumbang, Tiket Final Milik Kawasaki Frontale
MakanBola
Al-Nassr Saudi Club
Sponsors

Kawasaki Frontale menempah tiket ke final AFC Champions League Elite (ACLE) setelah berjaya memalukan Al-Nassr.

Kedua-dua pasukan kini turun untuk merebut tempat ke final dengan Al-Nassr miliki kelebihan beraksi di hadapan peminat sendiri tatkala Kawasaki Frontale menjadi wakil tunggal Asia Timur.

Ad

Duo Sadio Mane dan Cristiano Ronaldo menjadi taruhan Al-Nassr bagi merobek gawang lawan tatkala Kawasaki Frontale pertaruhkan khidmat Marcinho serta Tatsuya Ito di bahagian sayap.

Ad

Kelab dari Jepun ini berjaya mendahului permainan seawal minit ke-10 menerusi jaringan Tatsuya Ito yang melepaskan satu percubaan kencang menewaskan penjaga gol Al-Nassr, Bento.

Ad

Usaha Al-Nassr untuk menjaringkan gol akhirnya menemui sasaran apabila bekas pemain sayap Liverpool, Sadio Mane kembali menyamakan skor 1-1 setelah menyambar hantaran Nawaf Boushal.

Ad

4 minit sebelum rehat, Kawasaki Frontale tampil cemerlang meledak gol kedua apabila Yuta Ozeki menolak mudah bola muntah hasil rembatan Tatsuya Ito untuk kembali berada di hadapan.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Al-Nassr 2-1 Kawasaki Frontale.

Kembali dari rehat, kedua-dua pasukan semakin rancak mengatur serangan dengan Al-Nassr semakin terdesak untuk memburu gol penyamaan sekali lagi hasil gerakan Cristiano Ronaldo.

Sungguhpun begitu, Kawasaki Frontale lebih bertuah apabila berhasil mencetak gol ke-3 di minit ke-76 menerusi Akihiro Ienaga yang menampan mudah hantaran Erison dari sebelah kiri gawang.

Ayman Yahya berjaya merapatkan kedudukan 3-2 di lewat aksi namun jaringan dari jarak jauh oleh pemain gantian itu sudah terlambat untuk menghalang kemenangan Kawasaki Frontale.

Aksi di Stadium Alinma berakhir dengan keputusan 3-2 memihak Kawasaki Frontale.

Keputusan ini menyaksikan Kawasaki Frontale mara ke final ACLE dan akan menentang satu lagi pasukan gergasi Arab Saudi, Al-Ahli yang menumbangkan Al-Hilal pada Rabu.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments