Al-Hilal Al-Ahli AFC Champions League Elite (ACLE)
Kedua-dua kelab gergasi Arab Saudi ini bertemu di peringkat separuh akhir setelah masing-masing menewaskan pasukan dari Asia Timur iaitu Gwangju dari Korea Selatan dan Buriram United.
Bekas trio Liga Perdana Inggeris, Ivan Toney, Roberto Firmino dan Riyad Mahrez menjadi taruhan Al-Ahli memburu jaringan tatkala Al-Hilal turut bariskan pemain bintang seperti Malcom serta Ruben Neves.
Seawal minit ke-8, Al-Ahli cemerlang menembusi gawang Al-Hilal terlebih dahulu menerusi jaringan Roberto Firmino yang berjaya menyambar hantaran lintang oleh Wenderson Galeno dari sebelah kiri.
Penyerang England, Ivan Toney bijak memperdaya Kalidou Coulibaly serta penjaga gol, Bono sebelum tenang menolak bola ke gawang Al-Hilal untuk jaringan kedua Al-Maliki pada minit ke-27.
Usaha berterusan Al-Hilal untuk mendapatkan gol akhirnya membuahkan hasil apabila pemain kebangsaan Arab Saudi, Salem Al-Dawsari berjaya merobek gawang Al-Ahli sebelum tamat babak pertama.
Suhu perlawanan bertambah hangat apabila salah seorang staf pasukan Al-Hilal dilayangkan kad merah kerana protes terhadap keputusan pengadil menyebabkan suasana tidak terkawal seketika.
Separuh masa pertama tamat, Al-Hilal 1-2 Al-Ahli.
Kembali dari rehat, Ivan Toney sekali lagi berjaya mencetak jaringan ke-3 buat Al-Ahli namun semakan oleh VAR telah membatalkan gol bekas pemain Brentford itu atas dakwaan ofsaid.
Tuah tampak tidak memihak Ivan Toney apabila jaringannya sekali lagi dibatalkan oleh penjaga garisan serta VAR 6 minit kemudian sekaligus memberi kelegaan sementara buat kem Blue Waves.
Al-Hilal dipaksa beraksi dengan 10 orang pemain apabila bek tengah, Kalidou Coulibaly dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil gara-gara terjahan lewat ke atas Roger Ibanez pada minit ke-59.
Aksi di Stadium Alinma berakhi dengan keputusan
Keputusan ini menyaksikan xxx melangkah mara ke pentas akhir ACLE dan akan menentang pemenang antara Al-Nassr vs Kawasaki Frontale yang akan bertemu dalam satu lagi aksi separuh akhir.