Ads
ACL
Azri/Makanbola

Wakil tunggal Malaysia di AFC Champions League Elite (ACLE), Johor Darul Ta’zim (JDT) menghadapi 4 lawan hebat di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Berdasarkan undian yang telah dijalankan oleh AFC baru-baru ini, skuad kendalian Hector Bidoglio diundi berdepan 8 pasukan handalan Asia termasuklah jaguh Korea Selatan, Ulsan HD.

Advertisements

Hal ini menyaksikan bekas pengendali Malaysia, Kim Pan-gon yang kini bersama jaguh Korea Selatan itu akan pulang menentang JDT di Malaysia.

Advertisements

Advertisements

Susunan undian oleh AFC itu menyaksikan skuad Harimau Selatan bagai menghadapi aksi pembukaan menentang Ulsan HD di laman sendiri.

Tiga lagi pertemuan di Stadium Sultan Ibrahim adalah menentang Buriram United, Pohang Steelers dan Shanghai Shenhua.

Advertisements

4 lagi baki aksi pula menyaksikan JDT bakal bertandang ke gelanggang lawan iaitu menentang Shanghai Port, Central Coast Mariners, Shandong Taishan dan juga Gwangju FC.

Aksi peringkat kumpulan ACLE dijadualkan berlangsung pada 16 September 2024 hingga 19 Februari 2025 sebelum aksi pusingan 16 terbaik pada 3 hingga 12 Mac 2025.

Undian tersebut juga menyaksikan JDT berjaya mengelak daripada bertemu mana-mana wakil Jepun untuk mencerahkan peluang mara ke pusingan kalah mati.

Advertisements

8 pasukan teratas setiap liga akan mara ke Pusingan 16 yang dijadualkan pada Mac 2025 dan seterusnya akan diikuti dengan pusingan akhir berpusat yang unik akan menyaksikan semua perlawanan dari suku akhir dan seterusnya dipertandingkan di Arab Saudi antara 25 April dan 4 Mei 2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram