Ads
ACL
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan ujian sebenar apabila diundi dalam menghadapi tentangan 8 gergasi Asia termasuklah gergasi Korea Selatan, Ulsan HD.

Advertisements

Skuad kendalian Hector Bidoglio kembali ke pentas tertinggi Asia selepas hanya menamatkan saingan ACL pada peringkat kumpulan tahun lalu.

Advertisements

Skuad Harimau Selatan berada dalam Balang 1 bersama juara Liga Jepun, Vissel Kobe, juara Liga China, Shanghai Port FC, juara Liga Thailand, Buriram United dan juara Liga Australia, Central Coast Mariners.

Advertisements

Advertisements

Balang 2 pula diisi oleh pasukan Kawasaki Frontale, Pohang Steelers, Shanghai Shenhua, Yokohama F. Marinos, Gwangju FC dan Shandong Taishan.

Berdasarkan undian yang telah dilangsungkan oleh AFC, JDT diletakkan pada Balang F1 dan diundi bertemu Ulsan HD, Buriram United, Central Coast Mariners, Shanghai Port, Shandong Taishan, Shanghai Shenhua, Pohang Steelers dan juga Gwangju FC.

Advertisements

Saingan ACLE kali menggunakan format berbeza apabila 12 kelab ini akan diletakkan dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Peringkat Liga Timur.

Setiap kelab juga akan diundi bertemu lapan buah kelab berbeza iaitu empat perlawanan berlangsung di laman sendiri (home) dan empat lagi di tempat lawan (away).

Kesemua perlawanan peringkat kumpulan iaitu aksi pertama hingga ke-8 akan berlangsung bermula 16 September hingga 19 Februari 2025.

8 pasukan teratas daripada Liga Timur dan Barat akan layak ke pusingan 16 terbaik (timbal-balik) dengan 4 pasukan bakal mara ke peringkat suku akhir yang bakal berlangsung secara kalah mati.

Advertisements

Peringkat suku akhir juga bakal menyaksikan pertemuan 4 pasukan terbaik Liga Timur dan Bart berentap untuk merebut tiket ke final pada bulai Mei 2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram