Ads
Hector Bidoglio Puji Aksi Kalamullah
Liga Super
Johor Southern Tigers/KDA FC

Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hector Bidoglio mengakui penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi bakal memberi kesukaran kepada pasukannya.

Advertisements

Kehebatan Kalamullah sebagai penjaga gol terserlah apabila Kedah berentap dengan JDT dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024 pada

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan jentera serangan Harimau Selatan diketuai Bergson da Silva buntu mencipta jaringan. Ini disebabkan ketangkasan Kalamullah menepis setiap percubaan yang direncana tuan rumah.

Advertisements
Advertisements

Hanya selepas Bidoglio membuat pertukaran taktikal pada separuh masa kedua, barulah gawang Kedah bocor hasil jaringan Feroz Baharudin, Bergson dan Juan Muniz.

Jurulatih Venezuela itu percaya corak permainan berdisiplin yang dipamerkan barisan pemain Sang Kenari terutama Kalamullah bakal menyukarkan JDT untuk aksi Liga Super seterusnya.

Advertisements

Atas sebab itu, Bidoglio mahu anak buahnya mempamerkan corak permainan terbaik agar dapat kembali meraih kemenangan dalam liga. JDT sebelumnya diikat 1-1 oleh PDRM dalam aksi liga pada 31 Julai lalu.

“Satu lagi perlawanan di mana pada pendapat saya, satu perlawanan yang berbeza. Tetapi perlawanan ini juga sukar kerana mereka (Kedah) bermain dengan baik.

“Mereka memiliki pemain yang bagus (Kalamullah). Dan sekarang kita kena fokus kepada pemain kita, merehatkan sesetengah pemain dan menurunkan pemain-pemain yang terbaik ketika ini,” katanya kepada Nadi Arena.

Advertisements

Aksi Liga Super membabitkan JDT dan Kedah bakal berlangsung pada 9 Ogos ini. JDT dijangka beraksi tanpa Jordi Amat selepas bek tengah Indonesia itu mengalami kecederaan dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram