Kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat memberi keresahan kepada kem JDT menjelang pertemuan dengan Kedah Darul Aman.
Pemain berusia 32 tahun itu berada dalam kesebelasan utama Harimau Selatan ketika bertemu Sang Kenari namun terpaksa dikeluarkan pada babak kedua.
Beliau terus menjadi pilihan utama oleh Ketua Jurulatih, Hector Bidoglio yang meletakkan sebagai pertahanan tengah dan membentuk gandingan sempurna dengan rakan sepasukan.
Keadaan jelas tidak memihak kepadanya apabila mengalami kecederaan pada minit ke-62 di Stadium Sultan Ibrahim dan digantikan dengan sepasukan, Shahrul Saad.
Pertahanan Timnas Indonesia ini hanya sekali tidak diturunkan ketika menentang Malaysian University dalam aksi suku akhir Piala FA tempoh hari.
Kelibatnya juga tidak kelihatan dalam sesi latihan terbaru Johor Southern Tigers sekaligus memberi gambaran awal tidak akan beraksi menentang Kedah Darul Aman.
Shan Lowry bagaimanapun kelihatan giat dipersiapkan dan memberi petanda bersedia untuk diberi tanggungjawab pada Jumaat ini.
JDT akan bertemu anak didik Nafuzi Zain sekali lagi pada aksi Liga Super 2024/25 pada 9 Ogos 2024 jam 8:15 malam.