ACLE: Sentuhan Dion Cools Buat Buriram Ceria, Ulsan HD Tersingkir
MakanBola
Buriram United FC
Sponsors

Aksi tumpuan AFC Champions League Elite (ACLE) pada Rabu menyaksikan Buriram United atasi Ulsan HD di minit akhir hasil hantaran Dion Cools.

Buriram United turun ke laman sendiri dengan momentum terbaik setelah mara ke separuh akhir Shopee Cup tatkala Ulsan HD pula baru selesai harungi 3 aksi persahabatan di UAE.

Ad
Sponsors

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools diberi peranan penting di benteng pertahanan Buriram United sementara Kim Pan-gon selaku jurulatih Ulsan HD menurunkan Jo Hyeong-woo di pintu gol.

Ad

Seawal minit ke-20, tuan rumah terlebih dahulu menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi percubaan jarak jauh oleh Guilherme Bissoli yang terus menerjah ke gawang Ulsan HD.

Ad

Hasrat Buriram kembali ke bilik persalinan dengan kelebihan satu gol tidak kesampaian apabila anak-anak buah Kim Pan-gon berhasil meledak gol penyamaan ketika masa tambahan.

Ad

Hantaran-hantaran pendek oleh pemain pelawat di luar kotak penalti berjaya diumpankan dengan cukup baik buat Jang Si-young sebelum menewaskan penjaga gol, Neil Etheridge.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Buriram United 1-1 Ulsan HD.

Kembali dari rehat, penyokong tuan rumah kembali bersorak ria apabila pemain Thailand, Suphanat Muenta mencetak gol kedua namun jaringan itu dibatalkan akibat dakwaan ofsaid.

Malang untuk Ulsan HD apabila kehilangan khidmat penjaga gol, Joo Hyeon-woo yang alami kecederaan dan tempatnya terpaksa digantikan dengan pemain gantian, Mun Jeong-in.

Di masa tambahan, hantaran oleh Dion Cools disambar baik oleh Suphanat Muenta untuk jaringan kemenangan Buriram United sekaligus memberikan 3 mata buat kem tuan rumah.

Aksi di Chang Arena berakhir dengan keputusan 2-1 memihak Buriram United.

Saingan peringkat liga ACLE bakal berakhir minggu hadapan dengan Buriram United akan terbang ke Korea Selatan untuk bertemu Gwangju manakala Ulsan HD menentang Shandong Taishan di laman sendiri.