Ulsan HD mempamerkan aksi memukau untuk merantai jaguh Eropah, MSK Zilina dengan keputusan 1-1.
Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi aksi persahabatan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) berdepan beberapa perlawanan di sana.
Aksi permulaan tempoh hari berlangsung cemerlang apabila jaguh K-League itu melakar kemenangan 2-1 ke atas Rapid Bucuresti.
Momentum cemerlang itu diteruskan apabila jaguh Asia itu turun dengan kesebelasan terbaik menentang MSK Zilina yang juga merupakan kelab gergasi Slovakia.
Ulsan HD berada di depan seawal minit ke-24 menerusi percubaan Ko Seung-boom namun dinafikan oleh Timotej Jambor yang menyempurnakan sepakan penalti pada babak kedua.
MSK Zilina menduduki tangga kedua Slovak Super Liga selain menjadi pencabar penting kejuaraan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Keputusan seri itu menjadi tonik terbaik buat Ulsan HD untuk menghadapi wakil Russia, Lokomotiv Moscow pada 24 Januari ini.
Persiapan ini penting buat barisan kejurulatih terutamanya kepada bekas pengendali Harimau Malaya itu mempersiapkan pasukan menentang Buriram United pada 12 Februari 2025.
Ulsan HD kini menghuni tangga kedua tercorot kumpulan dengan hanya 3 mata berbaki dua aksi dalam misi untuk merebut kelompok terbaik bagi melayakkan diri ke pusingan kalah mati.