Persahabatan

Kelantan RW Bakal Uji Kelab Liga 1 Thailand, Pattani

Pattani Kelantan Red Warrior FC Kelantan RW Bakal Uji Kelab Liga 1 Thailand, Pattani
Kelantan Red Warrior FC
Advertisements

Kelantan Red Warrior FC (Kelantan RW FC) terus mengatur persiapan sebelum saingan Liga Super kembali bersambung pada 20 November ini.

Pasukan Pantai Timur itu akan berentap dengan kelab Thai League 1, Pattani FC dalam aksi persahabatan antarabangsa pada 15 November ini di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV).

Perlawanan ini bukan saja peluang buat kedua-dua pasukan memperbaiki kelemahan masing-masing sebelum Liga Super dan Thai League 1 kembali bersambung.

Malah, kedua-dua pasukan juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM100,000. Hadiah tersebut ditaja oleh Elrah yang juga penaja rasmi Kelantan RW dan Pattani musim ini.

Aksi ini juga memberi peluang kepada Irfan Bakti Abu Salim untuk memperkenalkan skuad bayangan bagi membantu Kelantan RW mengharungi baki kempen musim ini.

Satu nama yang dilaporkan bakal menjadi pemain baharu pasukan itu ialah bek tengah Filipina-Iceland, Kristofer Reyes.

Ini berdasarkan satu video yang dikongsikan Sihate Sports Official yang memperkenalkan Reyes sebagai pemain yang menjalani sesi percubaan baru-baru ini.

Kelantan RW sudah mengharungi dua aksi persahabatan semasa tempoh kalendar antarabangsa. Terbaru, mereka membelasah Bomba Kelantan dalam aksi persahabatan terbaru.