Persahabatan

Tiga Import Baru Bantu Kelantan RW ‘Belasah’ Nasrom

Kelantan Red Warrior FC 10 Tiga Import Baru Bantu Kelantan RW ‘Belasah’ Nasrom
Kelantan Red Warrior FC
Advertisements

Kelantan Red Warrior FC (Kelantan RW FC) terus mengatur langkah mengenal pasti tonggak import baharu apabila membelasah Nasrom FC 6-1.

Aksi menentang juara Liga Tumpat itu bukan saja bertujuan membantu anak buah Irfan Bakti Abu Salim kekal cergas sebelum saingan Liga Super bersambung selepas kalendar antarabangsa.

Malah, ini juga peluang buat pengurusan Kelantan RW mengenal pasti tonggak import baharu menjelang tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) pada Januari 2027.

Aksi ini menyaksikan lima pemain import baharu diuji. Tiga daripadanya merupakan pemain import Jepun, Ghana dan Turkiye.

Kelantan RW merekodkan enam gol dengan dua daripadanya disumbangkan oleh Muhaimin Izzudin dan Emmanuel Mbarga.

Nasrom menyumbat gol saguhati menerusi bekas pemain skuad Piala MFL Sri Pahang FC, Wan Zahidin Amin Wan Juhan.