Pra-Musim: Sabah Tumbang Di Tangan Persib Bandung
MakanBola
SABAH FC

Sabah FC meneruskan persiapan pramusim dengan tewas kepada kelab Indonesia, Persib Bandung 3-0 dalam aksi kedua Dewata Challenge Series 2026.

Kejohanan ini menyaksikan penyertaan tiga pasukan iaitu Sabah, Bali United dan juara liga Indonesia, Persib Bandung. Pemenang akan diketahui menerusi kutipan mata selepas tiga perlawanan.

Persib Bandung menurunkan barisan terkuat untuk menghadapi cabaran anak buah Juan Torres Garrido. Antara pemain yang diturunkan dalam kesebelasan utama ialah Kakang Rudianto, Adam Alis dan Uilliam Barros.

The Rhinos pula diketuai bek tengah skuad kebangsaan, Dominic Tan, Darren Lok dan Kike Cadete.

Beraksi bersama juara Liga Indonesia tampak memberikan sedikit masalah kepada pasukan Sabah selepas bolos satu gol pada babak pertama menerusi Mariano Peralta.

Persib Bandung menambah dua gol pada separuh masa kedua hasil ledakan Luka Menalo dan penyerang kebangsaan Indonesia, Beckham Putra. Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kini, juara kejohanan mini ini bakal ditentukan pada perlawanan akhir ketika Persib Bandung bertemu Bali United.

Persib hanya perlu mencatatkan keputusan seri untuk menoktahkan status sebagai juara Dewata Challenge Series 2026 ini.

Kelab tersebut bakal bertemu Bali United pada 18 Ogos di Stadion Kapten I Wayan Dipta.