Ruben Amorim Balas Dendam Tewaskan Manchester United
MakanBola
AC MILAN

Manchester United tewas 4-2 kepada pasukan bekas ketua jurulatih mereka, AC Milan yang dipimpin oleh Ruben Amorim dalam aksi persahabatan pramusim di Tarczyński Arena, Wrocław, Poland.

Terdahulu, United dilihat berkeyakinan selepas menewaskan satu lagi pasukan EPL, Leeds United dalam aksi persahabatan sebelumnya. Perlawanan itu menyaksikan The Red Devils menang menerusi sepakan penalti 5-4 selepas terikat 1-1.

Bekas penyerang PSG, Goncalo Ramos menjadi sebahagian daripada jentera serangan AC Milan. Bruno Fernandes dan Andrey Santos mengemudi jentera tengah United.

Separuh masa pertama menyaksikan Manchester United terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain pertahanan Harry Maguire. Beliau tidak berdepan masalah menewaskan penjaga gol muda AC Milan, Lorenzo Torriani pada minit ke-2.

Tersentak, AC Milan kembali mengatur rentak. Selepas 32 minit, Samuel Chukwueze berjaya menyamakan kedudukan aksi sebelum tamat separuh masa pertama.

Kedua-dua pasukan berusaha mencari gol tambahan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus mengasak untuk mencari gol tambahan. United berjaya mendapatkan gol kedua perlawanan menerusi bek kiri, Patrick Dorgu sebelum Alphadjo Cissè memberikan jaringan seterusnya buat Milan.

I Rossoneri terus memberi tekanan kepada United sehingga dapat menjaringkan gol ketiga & keempat perlawanan menerusi G. Ramos dan R. Loftus-Cheek. Keputusan 4-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Selepas ini, United akan membuka tirai EPL dengan menentang Hull City pada 22 Ogos di halaman lawan.

Sementara itu, AC Milan berdepan Torino dalam aksi pertama Serie A 2026/27 di Olimpico di Torino, Turin pada 24 Ogos.