Ads
ACLE: Ulsan HD Tanggung Kekalahan Kepada Kawasaki Frontale
ACL
AFC

Ulsan HD membuka kempen Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dengan langkah kiri apabila tewas 1-0 kepada Kawasaki Frontale.

Advertisements

The Tigers semakin berkeyakinan selepas berjaya merampas takhta pendahulu K-League 1 musim 2024. Manakala Frontale pula terumbang-ambing di tangga ke-13 J1 League dan dibolosi sebanyak 42 kali musim ini.

Advertisements

Joo Min-kyu menjadi sandaran pengendali Ulsan, Kim Pan-gon untuk merobek gawang Frontale. Manakala Toru Oniki pula memilih Yusuke Segawa dan Yu Kobayashi untuk merobek gawang tuan rumah.

Advertisements
Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan Frontale berusaha mencari kelebihan gol awal meskipun berstatus pasukan pelawat.

Keadaan ini menyebabkan barisan pertahanan Ulsan diketuai bek kebangsaan Korea Selatan, Kim Young-gwon bekerja keras mematahkan asakan pasukan Jepun itu.

Advertisements

Frontale hampir mendahului pada minit ke-35 menerusi bek tengah tinggi lampai, Kota Takai. Malangnya, tandukan bek tengah berusia 20 tahun itu tersasar.

Kesukaran kedua-dua pasukan mencari gol pendahuluan memastikan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung selepas rehat, kedua-dua pasukan membuat pertukaran taktikal untuk mendapatkan momentum di bahagian serangan.

Pan-gon berharap dapat menambah kreativiti Ulsan dengan memasukan Gustav Ludwigson, Ataru Esaka dan Giorgi Arabidze.

Tatkala Ulsan berusaha mencari gol pendahuluan, Frontale mencipta kejutan dengan mendahului pada minit ke-54. Marcinho membuat larian ke arah kubu The Tigers sebelum melakukan sepakan lencong yang menewaskan penjaga gol Jo Hyeon-woo.

Tersentak, tuan rumah mula melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah kubu Frontale. Keadaan ini juga mendorong Pan-gon memasukkan Matheus Sales dan Yago Cariello.

Ini memaksa barisan pertahanan Frontale diketuai Sota Miura bekerja keras menyerap tekanan serangan yang digerakkan Ludwigson, Arabidze, Esaka dan Cariello.

Arabidze hampir menyamakan kedudukan buat Ulsan pada minit ke-85. Malangnya, percubaan pemain sayap Georgia itu mudah dipatahkan penjaga gol Frontale, Jung Sung-ryong.

Ulsan terus memberi tekanan kepada Frontale tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan kelab Jepun itu melebarkan rekod tanpa kalah ke atas The Tigers kepada tiga perlawanan.

Usaha keras Asahi Sasaki dan Miura mematahkan cubaan Ulsan diiktiraf Sofascore sebagai pemain terbaik perlawanan. Kedua-duanya mendapat 7.6 markah.

Advertisements

Selepas ini, Ulsan kembali fokus memburu kejuaraan liga dengan menentang Incheon United pada 22 September. Manakala Frontale pula berharap dapat menjauhkan diri daripada kelompok penyingkiran dengan menentang Nagoya Grampus pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram