Advertisement
ACLE: Ulsan HD Terus Jadi Belasahan, Dimalukan Vissel Kobe
Asia
MakanBola
Vissel Kobe

Pasukan Ulsan HD terpaksa akur selepas tewas kepada Vissel Kobe dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Eite (ACLE) hari ini.

Skuad kendalian Kim Pan-gon turun dengan harapan mencatat mata pertama dalam saingan ACLE sementara Vissel Kobe memburu kemenangan kedua.

Aksi di separuh masa pertama berakhir dengan keputusan seri 0-0. Kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan di babak pertama.

Bersambung aksi di babak kedua, pasukan pelawat bermula garang apabila memecah kebuntuan pada minit ke-48 permainan menerusi Taisei Miyashiro.

Pada minit ke-73 permainan, Taisei Miyashiro sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring selepas menyudahkan hantaran daripada Yoshinori Muto.

Dua jaringan Taisei itu memberikan kemenangan bergaya buat Vissel Kobe, mencatat tiga mata penting dalam aksi di Stadium Kompleks Sukan Ulsan.

Ulsan HD kini berada di kedudukan tercorot dalam saingan ACLE selepas tewas dalam tiga perlawanan. Vissel Kobe pula mengukuhkan kedudukan di tangga kedua dengan tujuh mata telah dipungut skuad kendalian Takayuki Yoshida.