Advertising
ACLE: Yokohama FM Aibkan Ulsan HD, Humban Ke Tangga Tercorot
MakanBola
Ulsan HD

Saingan ACLE menyaksikan kelab Jepun, Yokohama F. Marinos menundukkan jaguh Korea, Ulsan HD dengan keputusan 4-0.

Aksi yang berlangsung di Stadium Nissan, Jepun itu menyaksikan kedua-dua pasukan turun dengan kesebelasan terbaik untuk meraih 3 mata.

Pasukan pelawat bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal pemain tengah, Kota Watanabe pada minit ke-4 untuk meletakkan Yokohama di hadapan.

Ad

Ulsan HD kelihatan bergelut untuk mencipta peluang pada babak pertama permainan sebelum Takuma Nishimura menjadikan kedudukan 2-0 pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, anak buah Kim Pan-gon cuba bangkit untuk mencari jaringan pertama pasukan namun gagal memecah tembok yang dikawal rapi oleh Hiroki Ilkura.

Ad
Ad

Rembatan pemain tengah, Kim Min-jun menjadi percubaan terbaik Ulsan HD namun tidak tepat ke sasaran.

Ad

Beberapa pertukaran dilakukan oleh kedua-dua pasukan namun tidak banyak memberi impak kepada aksi berbaki 45 minit.

Anderson Lopes melengkapkan kemenangan bergaya Yokohama FM dengan gol ketiga tuan rumah pada minit ke-83 sebelum Kota Mizunuma meledak gol keempat.

Yokohama F. Marinos kini menghuni tangga ke-9 selepas dua perlawanan dengan 3 mata manakala Ulsan HD di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

Ulsan HD bakal bertemu Vissel Kobe bagi aksi berikutnya pada 23 Oktober di laman sendiri.