Advertising
“Ada Usaha Bawa Yazan Al-Naimat Ke Liga Malaysia” – Zulhelmi
MakanBola
Jordan FA

Desas-desus mengenai usaha yang dilakukan oleh kelab Liga Malaysia untuk membawa masuk penyerang Jordan, Yazan Al-Naimat kini hangat diperkatakan.

Pemain berusia 25 tahun itu menjadi tunjang utama pasukan kendalian Husein Ammouta apabila membantu Al-Nashama mara ke pentas akhir Piala Asia 2023.

Peledak berbisa Al-Ahli yang bersaing di Liga Qatar itu berjaya menjaringkan 4 gol dan dua bantuan gol dalam 7 perlawanan di Qatar namun tewas pada aksi final kepada tuan rumah dengan keputusan 1-3.

Ad

Beliau juga telah menamatkan kempen selaku penjaring ketiga terbanyak kejohanan di belakang dua penyerang prolifik, Aymen Hussein (Iraq) dan juga Akram Afif (Qatar) masing-masing dengan 6 dan 8 jaringan.

Ad

Menerusi laporan oleh wartawan terkemuka Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Yazan Al-Naimat ketika ini berada dalam radar kelab di Liga Super yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

“Saham Yazan Al-Naimat melonjak tinggi. Difahamkan, ada usaha membawa penyerang Jordan ini ke Liga Malaysia, namun tampak sukar jadi kenyataan ketika kontraknya bersama Al Ahli berakhir Jun 2024,” ujar Zulhelmi dalam ciapan di laman X.

Ad
Ad

Pemain yang memiliki nilai pasaran 600 ribu Euro (RM3.08 Juta) ini sudah pun merekodkan 10 penglibatan gol dalam 11 perlawanan.

Beliau bagaimanapun masih terikat kontrak sehingga tahun 2024 sekaligus menyaksikan usaha untuk membawanya ke Malaysia kelihatan sukar.