“Adakah Kemenangan Sebenarnya Menyukarkan Malaysia?” – Razman Roslan
Harimau Malaya
Astro Arena
Advertisements

Bekas tonggak pertahanan kebangsaan, Razman Roslan tertanya-tanya tentang laluan yang bakal ditempuhi Malaysia selepas ini susulan dua kemenangan di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon kini mengemudi carta Kumpulan D dengan 6 mata selepas dua perlawanan hasil kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei.

Menerusi analisis yang dilakukan oleh Razman di Nindia Bola, beliau menyedari bahawa pasukan kebangsaan kini semakin dipandang tinggi.

Advertisements

Hal ini juga akan menyebabkan pasukan di rantau Asia tidak memandang mudah apabila dijadualkan bertemu Harimau Malaya.

“Adakah dua kemenangan di Kelayakan Piala Dunia ini membuka mata semua pihak. Ya betul FIFA pun sudah membuka mata. Saya juga apabila ke Capetown, negara seperti Korea dan Jepun sangat memandang tinggi kepada kita.”

Razman menyifatkan kesukaran itu adalah apabila pasukan lain mula memandang serius cabaran yang bakal dihadirkan oleh skuad negara apabila bertemu kelak.

Advertisements

“Adakah kemenangan kita akan menjadi sukar kerana sebelum ini pasukan lain memandang kita hanya 50 peratus tetapi kini mungkin tidak lagi.”

“Mungkin apabila kita ke Piala Asia nanti, lawan mungkin akan lebih memandang tinggi kepada kita dan beraksi lebih berhati-hati menentang kita,” jelasnya kepada Astro Arena.

Kim Pan-gon sebelum ini sudah pun mengingatkan pada pemain agar kekal merendah diri dna terus memberikan cabaran terbaik dalam setiap perlawanan yang ditempuhi.

Advertisements

Malaysia selepas ini difahamkan akan mengatur dua lagi aksi persahabatan sebelum menghadapi ujian sebenar di pentas Piala Asia 2023 Qatar awal tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram