Musim 2023, Faisal Halim & Arif Aiman Sama Hebat
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Keampuhan duo berbisa Malaysia, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim telah membantu Malaysia untuk menggapai pencapaian hebat pada musim 2023.

Dua pemain ini menjadi sandaran utama pasukan kebangsaan pada tahun ini termasuklah ketika Harimau Malaya merakamkan kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Persembahan ampuh dua tunjang utama ini dengan bantuan kecemerlangan rakan sepasukan telah melonjakkan kedudukan Malaysia ke satu tahap yang lebih baik.

Skuad negara ketika ini menghuni tangga ke-130 dunia hasil tambahan +26.1 mata terkini dan naik 7 tangga berbanding kedudukan sebelum ini dengan 1122.9 mata.

Advertisements

Keunikan jentera serangan Malaysia yang memiliki beberapa pilihan jelas memberi kelegaan buat Kim Pan-gon untuk membuat persediaan rapi ke Piala Asia Qatar tahun hadapan.

Menerusi kompilasi data yang dikongsikan oleh hos Cerita Sukan Malaysia, Amirul Azlan, Faisal dan Arif mengumpul jumlah jaringan yang sama pada musim ini dengan 6 gol sekaligus menjadi penjaring terbanyak buat skuad kebangsaan.

Duo ini juga mencatatkan jumlah bantuan gol tertinggi dalam kem negara dengan 5 bantuan gol masing-masing.

Advertisements

Penyerang naturalisasi negara, Paulo Josue di tangga kedua dengan 4 jaringan sementara Darren Lok cemerlang mengumpul 3 jaringan.

Saingan domestik juga menggambarkan kekuatan sebenar terutamanya Arif Aiman yang beraksi bersama JDT apabila sudah menjaringkan 8 gol dan 11 bantuan gol.

Advertisements

Malaysia difahamkan sudah merancang untuk mengadakan persiapan akhir sebelum menghadapi kejohanan besar di Piala Asia tahun hadapan.

News Comments Account