AFC Asian Cup: 3 Perkara Yang Bakal Terjadi Andai Malaysia Tewaskan Jordan
Harimau Malaya
MakanBola
Azri/ MakanBola / FA Jordan
Advertisements

Malaysia bakal memulakan kempen Piala Asia 2023 menentang Jordan awal pagi esok dengan banyak pihak menjangkakan satu aksi sengit dapat ditampilkan barisan pemain negara.

Beraksi di Stadium Al Janoub, Malaysia sudah pasti mahukan kutipan mata walaupun di atas kertas, kedudukan ranking Malaysia dan Jordan agak jauh.

Advertisements

Namun sekiranya Malaysia berjaya menewaskan Jordan, terdapat tiga perkara mahu pun rekod yang bakal tercipta buat Malaysia dan pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon.

Ranking Malaysia naik mendadak

Advertisements

Kini Malaysia berada di ranking ke-130 dunia dengan mata yang terkumpul adalah 1123.45 mata. Seandainya Malaysia menang, mata ranking Malaysia akan ditambah 22.35 mata.

Dengan tambahan mata itu, Malaysia akan naik enam anak tangga untuk berada di kedudukan ke-124 dunia memintas beberapa negara seperti Cyprus, Gambia dan Zimbabwe.

Advertisements

Pecah rekod pertemuan Malaysia-Jordan

Rekod pertemuan Malaysia dan Jordan sudah pasti menjadi perhatian ramai. Kedua-dua pasukan sudah bertemu sebanyak lima kali sejak tahun 1988.

Advertisements

Dalam kelima-lima aksi itu, Malaysia gagal memenangi sebarang perlawanan. Tiga aksi dimenangi oleh Jordan manakala dua aksi lagi berakhir dengan keputusan seri.

Seandainya Malaysia menang, ianya merupakan rekod terbaik Malaysia dalam sejarah pertemuan kedua-dua pasukan.

Advertisements

Kim Pan-gon Bakal Jadi jurulatih pertama menewaskan Jordan

Sejak dilantik sebagai jurulatih Harimau Malaya pada Januari 2022, Malaysia belum pernah menentang Jordan. Kali terakhir Malaysia bertemu Jordan adalah pada Oktober 2021 yang mana menyaksikan Jordan menang besar 4-1.

Advertisements

Pada ketika itu, skuad negara dilatih oleh jurulatih yang kini membimbing Selangor FC, Tan Cheng Hoe.

Sekiranya tiga mata berjaya dicatatkan skuad Malaysia menentang Jordan, nama Kim Pan-gon akan kekal dalam lipatan sejarah bola sepak negara sebagai jurulatih pertama Malaysia yang berjaya menewaskan Jordan.

Advertisements

Segalanya akan terjawab pada aksi pembukaan Kumpulan E awal pagi esok. Dengan mendapat sokongan hebat dari Ultras Malaya yang sudah membanjiri Qatar, para pemain sudah pasti bersemangat untuk menjelmakan kegembiraan buat semua rakyat Malaysia.

Advertisements