AFC Asian Cup: 4 Pasukan Senasib Dengan Malaysia
Asia
AIFF / FA Malaysia
Advertisements

Dengan peringkat kumpulan Piala Asia 2023 Qatar yang semakin lengkap, terdapat beberapa pasukan yang masih gagal menjaringkan gol termasuk Malaysia.

Ianya agak berbeza buat China apabila mereka sah mengakhiri Kumpulan A dengan tanpa sebarang jaringan selepas tewas 0-1 kepada Qatar pada aksi terakhir kumpulan semalam.

Selain Malaysia dan China, terdapat tiga lagi pasukan yang masih gagal menjaringkan gol di Piala Asia iaitu Syria, India dan juga Kyrgyzstan.

Advertisements

Kesemua pasukan masih mampu mendapatkan jaringan pertama mereka di Piala Asia kecuali China yang sudah menamatkan peringkat kumpulan.

Syria yang berada di Kumpulan B akan bertemu India malam ini. Kedua-dua pasukan sudah pasti mahu menjaringkan gol bagi merebut tempat ke pusingan 16 terakhir yang masih terbuka.

Advertisements

Malaysia yang sudah sah tersingkir dari Piala Asia akan melengkapkan jadual dengan menentang gergasi Asia, Korea Selatan pada aksi terakhir kumpulan. Walaupun sudah tersingkir, Malaysia memerlukan gol sebagai pengubat luka.

Manakala Kyrgyzstan pula akan berdepan Oman pada aksi terakhir Kumpulan F. Jika berjaya mencapai kemenangan, mereka berpeluang mara ke peringkat kalah mati.

Advertisements

Untuk edisi Piala Asia kali ini, semua juara kumpulan dan naib juara kumpulan secara automatik akan layak ke pusingan seterusnya manakala empat pasukan di kedudukan ketiga terbaik juga akan mara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram