AFC Asian Cup: Beraksi Lawan Indonesia Ibarat Final, Kata Jurulatih Vietnam
Asia
VFF
Advertisements

Jurulatih Vietnam, Philippe Troussier membayangkan aksi pasukan kendaliannya menentang Indonesia dalam aksi kumpulan D AFC Asian Cup bakal menjadi perlawanan yang sengit.

Beliau yang ditemui ketika sidang media pra perlawanan berkata, anak-anak buahnya akan turun berjuang habis-habisan untuk menewaskan Indonesia dan layak ke pusingan seterusnya.

“Pemain Vietnam akan memasuki permainan (menentang Indonesia) dengan semangat juang, seperti perlawanan akhir Sukan SEA atau Piala AFF. Semua orang tahu, pasukan yang memenangi perlawanan ini akan mempunyai peluang besar untuk meneruskan”, tegas jurulatih kelahiran Perancis itu.

Advertisements

Beliau berkata lagi, perlawanan ini penting ibarat final bagi beliau selain menyasarkan untuk meraih enam mata maksimum dalam dua aksi terakhir kumpulan ini.

“Perlawanan Indonesia adalah sebahagian daripada perjalanan mencari tiket melalui peringkat kumpulan. Begitu juga dengan perlawanan terakhir menentang Iraq. Matlamat kami adalah untuk mendapatkan maksimum enam mata menerusi dua perlawanan ini.

Vietnam sebelum ini beraksi cemerlang ketika menentang Jepun sehinggakan sempat mendahului 2-1 sebelum tumpas 2-4 kepada skuad Samurai Buru itu atas faktor jurang kualiti pemain.

Advertisements

Pertembungan derbi Asia Tenggara di antara Vietnam dan Indonesia dijadualkan berlangsung pada 19 Januari 2024 di Stadium Abdulla Bin Khalifa jam 10.30 malam waktu tempatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram