Biarpun tewas kepada Bahrain dalam aksi kumpulan Piala Asia 2023, beberapa pemain Malaysia telah menunjukkan aksi terbaik terutamanya pemain pertahanan, Dominic Tan.
Hasil tinjauan di laman Sofascore, penilaian yang diberikan kepada Dominic Tan adalah paling tinggi dikalangan pemain Malaysia yang beraksi semalam.
Dominic diberikan penilaian sebanyak 7.2/10 mata dan diikuti oleh seorang lagi pertahanan tengah iaitu Dion Cools yang diberikan penilaian sebanyak 7/10 mata.
Pada aksi menentang Bahrain semalam, Dominic telah dikesan mengeluarkan bola dari kawasan bahaya sebanyak 10 kali. Selain itu, Dominic juga melakukan dua kali halangan pada percubaan merbahaya lawan dan satu pintasan bola.
Namun begitu, Dominic juga dikesan hilang penguasaan bola sebanyak 10 kali sepanjang perlawanan berlangsung.
Gandingan Dominic, Dion Cools dan Shahrul Saad di bahagian pertahanan berjaya mematahkan serangan merbahaya dari Bahrain sebelum Ali Madan menjaringkan gol pada minit-minit terakhir perlawanan.
Khidmat Dominic Tan dijangka akan terus digunakan pengendali Malaysia, Kim Pan-gon pada aksi terakhir kumpulan menentang Korea Selatan yang dijadualkan berlangsung pada 25 Januari.