AFC Asian Cup: Endrick Sah Cedera, Dua Lagi Masih Tergantung
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

AFC Asian Cup: Khabar kurang gembira melanda kem Harimau Malaya selepas terdapat pemain yang disahkan cedera menjelang sepak mula Piala Asia 2023 berdepan Jordan.

Pasukan bimbingan Kim Pan-gon kini dalam momentum cemerlang termasuklah ketika mengikat pasukan ke-91 dunia, Syria dengan keputusan 2-2.

Skuad negara kini dalam persediaan bagi menempuhi ujian sebenar dengan cabaran pertama bakal bermula pada 16 Januari 2024 di Stadium Al Janoub.

Advertisements

Menerusi perkembangan terkini yang dikongsikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin, perancang tengah negara, Endrick Dos Santos sah mengalami kecederaan.

“Endrick mengalami sedikit kecederaan ketika latihan berdepan Syria. Kecederaan ini kita tak boleh nak jangka. Vietnam juga kehilangan 9 pemain utama kerana kecederaan.”

Advertisements

Corbin dan Natxo Insa bagaimanapun masih belum dipastikan statusnya selepaa dua pemain ini tidak daoat diturunkan ketika bertemu Syria tempoh hari.

“Corbin-Ong juga telah kembali namun hanya Natxo Insa sahaja dalam proses untuk kembali dalam latihan dengan pemain lain berada dalam keadaan bersedia,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Malaysia akan bertemu Jordan pada 16 Januari 2024 di Stadium Al-Janoub, Qatar dalam misi meraih 3 mata pertama di Piala Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram