Nilai pasaran pemain sayap sensasi Malaysia, Arif Aiman Hanapi terus mencuri tumpuan selepas nilainya berjaya mengatasi pemain muda Al-Nassr.
Pemain berusia 22 tahun itu menikmati musim yang cukup cemerlang di peringkat kelab dan negara selepas menjaringkan 12 gol dan 11 bantuan gol dalam 26 perlawanan.
Beliau juga merekodkan 6 jaringan dan 5 bantuan gol bersama Harimau Malaya pada tahun 2023.
Arif juga menjadi watak penting negara ketika membantu skuad kebangsaan untuk mengikat pasukan ke-91 dunia, Syria dengan keputusan 2-2.
Berdasarkan kemas kini oleh lamna Transfermarkt, nilai pasaran Arif Aiman ketika ini berada pada tangga ke-11 sebagai pemain muda paling bernilai di AFC Asian Cup.
Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (MVP) ini dinilai sebanyak 550,000 Euro (RM2.8 Juta) dan berjaya mengatasi beberapa bintang muda ternama Asia yang lain.
Arif berada pada kedudukan lebih baik berbanding bintang muda Galatasaray, Beknaz Almazbekov (RM2.29 Juta) di tangga ke-12, Teerasak Phoipemai (RM1.78 Juta) di tangga ke-16 dan juga bintang sensasi Iraq, Ali Jasim di tangga ke-18 dengan nilai pasaran (RM1.53 Juta).
Beliau dijangka menjadi pilihan utama Kim pan-gon untuk mengemudi jentera serangan Malaysia berdepan Jordan pada 16 Januari 2024 di Stadium Al-Janoub, Qatar.