AFC Asian Cup: Hampir 85,000 Hadir Saksikan Aksi Pembukaan Qatar & Lubnan
Asia
MakanBola
AFC Asian Cup
Advertisements

Aksi pembukaan Piala Asia 2023 membabitkan Qatar dan Lubnan telah mencipta rekod tersendiri semalam.

Mengikut statistik yang dikongsikan akaun X AFC Asian Cup semalam, 82,490 orang menghadiri perlawanan di Stadium Lusail semalam.

Advertisements

Angka ini dilihat membanggakan kerana ini kehadiran penonton keempat tertinggi dalam sejarah Piala Asia.

Ketika ini, rekod kehadiran tertinggi dalam sejarah kejohanan dipegang oleh Iran untuk Piala Asia edisi 1976. Piala Asia 1976 menyaksikan kehadiran 100,000 penonton untuk aksi final membabitkan tuan rumah, Iran dan Kuwait.

Piala Asia edisi 2007 mencipta rekod kehadiran kedua tertinggi sebanyak dua kali membabitkan tuan rumah bersama, Indonesia.

Advertisements

Dua perlawanan Indonesia dalam Kumpulan D membabitkan Arab Saudi dan Korea Selatan menyaksikan 88,000 penonton hadir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Perlawanan pertama Kumpulan A membabitkan Qatar dan Lubnan semalam berakhir dengan kemenangan 3-0 buat tuan rumah.

Advertisements

Tidak mustahil rekod 82,490 orang penonton ini boleh dipecahkan lagi apabila aksi final diadakan pada 10 Februari hadapan.

Ini kerana Stadium Lusail akan digunakan buat kali kedua dan terakhir untuk Piala Asia 2023 sebagai lokasi final kejohanan.

Advertisements

Dengan stadium ini memiliki kapasiti sebanyak 88,966 orang, tidak mustahil rekod yang dicipta di Gelora Bung Karno sebelum ini dapat dipecahkan.

News Comments Account