Aksi Kumpulan A antara juara bertahan AFC Asian Cup, Qatar dan Lubnan berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Qatar.
Aksi yang berlangsung di Stadium Lusail, Qatar itu menyaksikan anak didik Hassan Al-Haydos memulakan aksi dengan cukup baik pada babak pertama.
Lubnan dilihat lebih banyak berkampung di laman sendiri untuk menyerap asakan tuan rumah.
Qatar berjaya menembusi gawang gol pasukan ke-107 dunia itu menerusi perancang tengah, Aiman Afif yang mudah menewaskan Mostafa Matar seminit sebelum babak pertama tamat.
Bersambung babak kedua, skuad kendalian Miodrag Radulovic cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi beberapa cubaan serangan balas.
Usaha itu tidak bertahan lama apabila peledak berbisa Qatar, Almoez Ali menyempurnakan hantaran rakan sepasukan dengan satu tandukan untuk gol kedua pasukan pada minit ke-56.
Gol itu meletakkan beliau sebagai penjaring ketika terbanyak sepanjang zaman di Asia ketika ini.
Lubnan cuba melakukan sesuatu dengan kemasukan beberapa pemain gantian seperti Hilal Al-Helwe masih gagal merobek gawang gol juara bertahan edisi 2019 itu.
Tambahan masa 10 minit membantu Qatar untuk mengubah keputusan perlawanan apabila larian deras Akram Afif berjaya membuat larian untuk gol ketiga pasukan tanpa balas.
The Maroons akan bertemu dengan juara Pestabola Merdeka, Tajikistan bagi aksi kedua sementara Lubnan akan menentang China bagi aksi seterusnya.
Aksi tamat dengan Qatar 3-0 Lubnan.