Legenda Kelantan Percaya Lubnan Mampu Menyinar Di Asia
Asia
TRW FC
Advertisements

Nama Mohamad Ghaddar pastinya tidak asing dalam kalangan peminat bola sepak negara terutama di negeri Kelantan.

Ghaddar pernah menjadi peledak berbisa buat pasukan Kelantan FC sebanyak dua kali iaitu pada 2011-2013 dan 2015-2017.

Kini, bekas penyerang berusia 40 tahun itu percaya negara kelahirannya, Lubnan mampu tampil cemerlang dalam saingan Piala Asia 2023.

Advertisements

Pandangan itu dilontarkan beliau selepas tampil sebagai panel di program Al-Kass TV Sports baru-baru ini.

Ghaddar merasakan pasukan Asia Barat itu memiliki kelebihan jika dibandingkan dengan dua lagi lawan dalam Kumpulan A, China dan Tajikistan.

Justeru, bekas penyerang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu percaya Lubnan tidak akan berdepan masalah untuk menduduki tempat kedua terbaik kumpulan dan layak ke pusingan seterusnya.

Advertisements

“Untuk kejohanan (Piala Asia) kali ini, saya fikir kumpulan ini (Kumpulan A) lebih mudah daripada kejohanan sebelumnya. Mereka akan dapat melepasi peringkat kumpulan dan harapnya dapat mara lebih jauh, Insya Allah.

“Tiada keraguan bahawa Qatar merupakan pasukan pilihan dalam kumpulan. Jadi, kita kena manfaatkan dua perlawanan menentang China dan Tajikistan untuk layak.

“Bahagian ini amat penting buat skuad kebangsaan dan kita akan dapat melakukannya Insya Allah,” katanya semalam.

Advertisements

Ghaddar merekodkan 46 penampilan bersama The Cedars dan menjaringkan 19 gol. Kali terakhir beliau merekodkan penampilan bersama Lubnan ialah perlawanan menentang Hong Kong dalam aksi kelayakan Piala Asia pada 2017.

Semasa bersama Kelantan sebanyak dua kali, Ghaddar telah merekodkan 32 gol. Beliau membantu The Red Warriors menjulang trofi Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA.

Beliau juga turut menggondol Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak Liga Super pada tahun 2017.

Advertisements

Selain Kelantan dan JDT, Ghaddar juga pernah mewakili kelab Felda United FC. Penyerang Lubnan itu mengumumkan persaraan pada tahun 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram