AFC Asian Cup: Harimau Malaya Bakal Kehilangan Afiq Fazail?
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Skuad senior Malaysia berdepan kemungkinan tidak dapat menggunakan khidmat pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Afiq Fazail.

Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan kelibat beliau tidak kelihatan dalam sesi latihan Harimau Malaya semalam.

Afiq difahamkan tidak dapat turun berlatih selepas mengalami kecederaan. Ketiadaan beliau bakal menjejaskan perancangan jurulatih negara, Kim Pan-gon untuk aksi kedua Kumpulan E menentang Bahrain.

Advertisements

Malaysia memiliki beberapa alternatif yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Afiq. Selain beliau, Harimau Malaya turut membawa Stuart Wilkin, Natxo Insa, Syamer Kutty Abba, Brendan Gan dan Endrick dos Santos sebagai pilihan di bahagian tengah.

Pan-gon sekurang-kurangnya boleh menghela nafas lega kerana Dos Santos dan Insa sudah kembali menjalani latihan.

Sebelum ini, pemain tengah JDT itu terpaksa disisihkan daripada perlawanan menentang Jordan akibat kecederaan.

Advertisements

Berdasarkan gambar terkini yang dimuatnaik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kelibat Dos Santos dilihat kembali berlatih bersama skuad senior kebangsaan semalam.

Selain beliau, Zulhelmi turut melaporkan Insa kini telah kembali cergas sepenuhnya. Dengan kedua-dua pemain kembali cergas, Dos Santos dan Insa sudah bersedia membantu Harimau Malaya sekiranya khidmat mereka diperlukan Pan-gon.

Skuad negara bakal berdepan Bahrain untuk aksi kedua Kumpulan E yang berlangsung pada 20 Januari ini. Perlawanan bakal berlangsung di Stadium Jassim bin Hamad pada jam 10.30 malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram