AFC Asian Cup: Iran Ke Separuh Akhir, ‘Hantar’ Jepun Pulang Awal
Asia
AFC Asian Cup
Advertisements

Aksi suku akhir AFC Asian Cup antara pasukan Jepun dan Iran berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Iran dengan penuh dramatik.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Education City itu menyaksikan Jepun merehatkan beberapa tonggak utama di bangku simpanan.

Keadaan itu tidak memberikan masalah buat pasukan bimbingan Hajime Moriyasu apabila mendahui permainan hasil serangan pantas sebelum disudahkan dengan tenang oleh Hidemasa Morita pada minit ke-28.

Advertisements

Iran cuba memberikan tekanan pantas namun aksi separuh masa berakhir dengan kelebihan milik Jepun.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan aktif melancarkan gerakan dengan skuad kendalian Amir Ghalenoei tampil lebih yakin.

Advertisements

Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila pemain sayap sensasi Iran, Mohammad Mohebi berjaya meledak gol penyamaan menewaskan Zion Suzuki.

Pasukan yang terkenal dengan jolokan Team Melli terus melancarkan serangan dan memberikan tekanan kepada jentera pertahanan Jepun namun digagalkan oleh Suzuki.

Advertisements

Tambahan masa 4 minit mengubah keputusan perlawanan selepas Iran diberikan sepakan penalti yang disempurnakan oleh kapten pasukan, Alireza Jahanbakhsh.

Pada aksi suku akhir, Jepun telah mengalahkan Bahrain sementara Iran menyingkirkan Syria.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram