Iran melangkah ke suku akhir setelah menewaskan Syria dalam aksi penuh dramatik di pusingan 16 terbaik AFC Asian Cup
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Abdullah Bin Khalifa, Iran jelas menguasai permainan sejak minit pertama dengan peratus penguasaan bola yang tinggi.
Iran membuka tirai jaringan menerusi ledakan pemain tumpuan, Mehdi Taremi pada minit ke-34 sekaligus menamatkan keputusan separuh masa pertama dengan keputusan 1-0 memihak Iran.
Bersambung babak kedua, Syria berusaha mengimbangi permainan dan hasilnya, skuad bimbingan Hector Coper dihadiahkan sepakan penalti selepas penjaga gol Iran mengasari pemain Syria di dalam kotak penalti.
Omar Khrbin tiada masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-64 untuk menjadikan permainan kembali terikat.
Di waktu kecederaan, penjaring gol Iran, Mehdi Taremi mengutip kad kuning kedua kerana menghalang larian pemain Syria, Alaa Al Dali menyebabkan beliau diperintah keluar padang.
Tiada jaringan dapat dihasilkan kedua-dua pasukan selama 30 minit masa tambahan memaksa perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.
Penentuan sepakan penalti berakhir dengan keputusan Iran 5-3 Syria dengan Fahd Youssef gagal menyempurnakan sepakan penalti buat Syria.
Kemenangan ini bakal menghantar Iran ke peringkat suku akhir dan dijadualkan berdepan Jepun pada 3 Februari