Advertisement
AFC Asian Cup: Jalil Elias Tampil Watak Penting Syria Ikat Pasukan Ke-68 Dunia
Asia
MakanBola
FA Syria

Awal pagi ini, Syria lega kerana dapat meraih satu mata menentang Uzbekistan dalam aksi pertama Kumpulan B.

Ini kerana Uzbekistan bukan pasukan calang-calang kerana menduduki ranking ke-68 dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Dan itu tidak akan berlaku tanpa jasa pemain baru Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jalil Elias yang beroperasi di bahagian tengah.

Pemain yang memakai jersi nombor 18 itu sentiasa menjadi duri dalam daging kepada barisan serangan The White Wolves setiap kali mereka menyerang.

Mengikut statistik Sofascore, Elias bukan saja berjaya memenangi pertarungan di udara sebanyak dua kali.

Malah, beliau juga mendapatkan kembali penguasaan bola untuk Syria sebanyak 12 kali sepanjang perlawanan berlangsung.

Pemain berdarah Argentina-Syria itu turut menyekat percubaan gol sebanyak dua kali dan mengeluarkan bola sebanyak tiga kali sepanjang perlawanan.

Kesungguhan Elias tidak tertumpu kepada pertahanan sahaja. Bekas pemain San Lorenzo itu bijak mencipta hantaran-hantaran tepat kepada pemain Helang Qasioun lain.

Ketepatannya membuat hantaran mencecah 83% atau lebih tepat, 44 hantaran dari 53 percubaan hantaran.

Ini membantu dua penyerang Syria, Ibrahim Hesar dan Pablo Sabbag menguji barisan pertahanan The White Wolves semasa perlawanan.

Dengan mengambil kira semua statistik ini, tidak hairanlah Sofascore memberi markah 7.2 mata kepada Elias.

Meskipun Abdul Rahman Weiss dipilih Sofascore sebagai pemain terbaik Syria dengan 7.6 mata, jasa Elias turut menyumbang kepada keputusan positif ini.