Jepun gah menundukkan cabaran Bahrain untuk melangkah ke peringkat suku akhir Piala Asia 2023.
Skuad kendalian Hajime Moriyasu mempamerkan aksi dominan pada separuh masa pertama dengan melakukan 7 percubaan ke arah gawang gol berbanding Bahrain yang hanya melakukan 2 percubaan.
Penantian Jepun untuk gol pertama berakhir pada minit ke-31 apabila Ritsu Doan menyambut bola muntah yang terkena tiang gol.
Bersambung babak kedua, Takefusa Kubo pantas menghukum kealpaan pertahanan Bahrain menerusi jaringan kedua Jepun setelah VAR mengesahkan kedudukan Kubo tidak ofsaid.
Jepun hampir menambah gol ketiga pada minit ke-60 namun jaringan tersebut dibatalkan kerana kedudukan ofsaid pemain Jepun.
Bahrain meraih gol pertama menerusi jaringan sendiri penjaga gol Jepun, Zion Suzuki yang gagal menangkap kemas bola tinggi pada minit ke-64.
Gol ketiga Samurai Biru hadir pada minit ke-72 hasil jaringan Ayase Ueda yang berjaya menewaskan penjaga gol Bahrain, Ebrahim Lutfalla.
Tamat perlawanan, Jepun berjaya menewaskan Bahrain dengan jaringan 3-1 sekali gus menamatkan perjuangan Bahrain di Piala Asia.