Advertisements
AFC Asian Cup: Jepun Buktikan ‘Andre Onana’ Wujud Di Piala Asia
Asia
MakanBola
Japan FA

Penjaga gol skuad kebangsaan Jepun, Zion Suzuki telah melakukan beberapa kesilapan yang tidak sepatutnya dalam saingan Piala Asia 2023 hinggakan dirinya disamakan dengan penjaga gol Manchester United, Andre Onana oleh pemerhati bola sepak.

Dua aksi awal Jepun menyaksikan Zion Suzuki telah dibolosi empat jaringan iaitu dua jaringan ketika menang 4-2 ke atas Vietnam dan dua lagi jaringan ketika tewas 1-2 kepada Iraq baru-baru ini.

Dengan banyak pihak yang meletakkan Jepun sebagai calon juara Piala Asia edisi kali ini, beberapa kesilapan Zion Suzuki sedikit sebanyak menggugat prestasi skuad bintang Jepun.

Pada perlawanan sulung Jepun di Piala Asia iaitu menentang Vietnam, kesilapan Zion menepis lemah percubaan pemain Vietnam membolehkan Pham Tuan Hai menjaringkan gol.

Manakala pada aksi menentang Iraq semalam, Zion sekali lagi membuat kesilapan dengan gagal menepis kemas hantaran lintang pemain Iraq sebelum disudahkan dengan sempurna oleh Aymen Hussein bagi memberi kelebihan awal buat Iraq.

Di laman X Out Of Context Football, terdapat foto yang membayangkan aksi Zion sama seperti apa yang ditampilkan Andre Onana ketika menyarung jersi Manchester United.

Terdahulu, Zion pernah menolak lamaran Manchester United pada Ogos tahun lalu dan membuat keputusan untuk menyertai kelab Belgium, Sint-Truidense V.V dengan minit permainan menjadi keutamaan.