AFC Asian Cup: Jepun Hilang Khidmat Kaoru Mitoma Bertemu Vietnam
Asia
MakanBola
JFA
Advertisements

Jepun bakal turun bertemu Vietnam tanpa kelibat pemain sayap lincah, Kaoru Mitoma menjelang aksi pertama peringkat kumpulan D Piala Asia 2023.

Perkara tersebut disahkan oleh Hajime Moriyasu, ketua jurulatih Jepun sewaktu sidang media pra perlawanan antara Jepun dan Vietnam.

Advertisements

“Kaoru Mitoma tidak akan bermain untuk perlawanan esok. Selepas perlawanan esok kita akan memeriksa tahap kecergasan beliau dan menilai sama ada Mitoma mampu diturunkan untuk aksi kedua menentang Iraq.” ujar Moriyasu.

Kaoru Mitoma tetap dipanggil untuk menyertai skuad Jepun ke Piala Asia disebalik kecederaan lutut yang menimpa beliau sewaktu menentang Crystal Palace tempoh hari.

Advertisements

Pemain sayap itu juga berkemungkinan akan terlepas dua aksi awal peringkat kumpulan jika belum pulih sepenuhnya.

Mitoma antara watak penting Jepun dibahagian serangan apabila telah merekodkan 7 jaringan dan 5 bantuan gol dalam 18 penampilan sejak debutnya bersama Jepun pada November 2021.

Advertisements

Malah pemain sayap ini turut cemerlang bersama Brighton untuk musim ini setelah menjaringkan 3 gol serta mencetak 5 bantuan jaringan dalam 17 penampilan liga.

Namun kehilangan Mitoma pastinya tidak akan menjejaskan persiapan Jepun yang memiliki ramai pemain berkualiti dibahagian serangan pasukan seperti Takefusa Kubo, Takumi Minamino, Junya Ito, Ritsu Doan dan Daizen Maeda.

Advertisements

Selain itu, Hajime Moriyasu turut meraih tumpuan media apabila memulakan sesi latihan Jepun pada waktu tengah hari.

Jelasnya, tindakan itu bertujuan untuk menyesuaikan pemain Jepun dengan cuaca dan suhu waktu tengah hari dan awal petang setelah Jepun akan beraksi pada 2.30 petang untuk ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan D.

Advertisements